Pages

Tuesday 19 March 2013

Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia


Pusat sukan Universiti Utara Malaysia mula beroperasi semenjak penubuhanya pada 16 Februari 1984. Sejarah penubuhan pusat sukan Universiti Utara Malaysia ini bermula dengan tertubuhnya kampus sementara universiti yang terletak di Tanah Merah Jitra Kedah. Pada masa itu, pusat sukan UUM hanya di kenali sebagai Unit Sukan dan Rekreasi  Universiti Utara Malaysia. Perkembangan pembangunan yang dialami  universiti pada tahun 1991 telah memindahkan pusat sukan UUM dari Jitra ke bumi Sintok.












Kompleks pusat sukan UUM yang serba lengkap meliputi kawasan seluas 74 ekar menyediakan hampir 28 jenis aktiviti sukan dan rekreasi khusus kepada pelajar dan kakitangan serta pengguna luar kampus yang ingin menggunakan kemudahan yang terdapat di pusat sukan UUM. Kemudahan pusat sukan UUM boleh dibahagikan kepada dua sektor iaitu outdoor dan indoor.kemudahan sukan indoor yang terdapat di pusat sukan UUM ialah seperti gelangang squash,badminton,sepak takraw dan sebagainya adalah sebahagian daripada kemudahan yang terdapat di pusat sukan dan segala kemudahan ini lengkap dengan pelbagai bahan bantuan sukan untuk digunakan oleh pelajar.






No comments:

Post a Comment